Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Rakyat guna 1/3 pendapatan beli makanan
Diterbitkan:  Aug 1, 2016 4:06 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

Rakyat Malaysia membelanjakan hampir satu pertiga daripada pendapatan boleh guna untuk membeli makanan, menurut Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani.

Katanya, sebanyak 31.2 peratus dibelanjakan untuk makanan, 23.9 peratus untuk petrol, perumahan dan utiliti sementara 14.6 peratus lagi untuk pengangkutan.

Dengan perubahan gaya hidup, barangan dan perkhidmatan seperti kereta, telefon, komputer dan capaian Internet, turut dianggap sebagai keperluan.

Justeru, dengan peningkatan harga secara itu, kata Johari, isi rumah berpendapatan 40 peratus bawah (B40) dan pertengahan (M40) sukar mengekalkan standard hidup.

Johari berkata demikian dalam ucapan pembukaan dalam pertemuan kumpulan tumpuan untuk belanjawan 2017 berkaitan kos hidup di Putrajaya.

Mesyuarat ini yang pertama menjelang belanjawan yang akan dibentangkan Oktober depan.

Lihat Komen
ADS