Menteri: Pelarian Rohingya akan diambil bekerja di negara ini
Terjemahan Kerajaan akan menerima baki pelarian Rohingya beragama Islam untuk bekerja di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Home Minister Azmi Khalid.
Terjemahan Kerajaan akan menerima baki pelarian Rohingya beragama Islam untuk bekerja di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Home Minister Azmi Khalid.
"Kita merasakan mereka patut diserap bekerja di sini. Adalah satu pembaziran jika tidak mengiktiraf mereka atau memberikan peluang kepada mereka.
"Suka atau tidak, mereka sudah berada di sini, jadi lebih baik jika kita beri mereka kerja...dan lagi pula kitapun mempunyai pekerja asing di negara ini, jadi mengapa tidak terima mereka sebagai pekerja asing juga?"katanya kepada pemberitahu di lobi Parlimen semalam.
Tahun lalu, kerajaan telah bersetuju memberi kad pengenalan diri kepada pelarian Rohingya. Mereka yang berasal dari wilayah Arakan di Burma itu takut ditahan pemerintah tentera di negara itu jika mereka pulang ke sana.
Beri pendidikan
Azmi berkata, kementeriannya bercadang untuk melatih kaum wanita Rohingya sebagai pembantu rumah untuk mengurangkan penggantungan negara terhadap rakyat asing, serta memberi pendidikan kepada anak-anak mereka.
"Anak-anak mereka tidak mendapat pendidikan. Jika mereka mahu menghantar anak-anak mereka ke negara ketiga pun, tiada siapa yang mahukan mereka. Jika mereka mendapat pendidikan peringkat sekolah rendah, tahu membaca dan menulis, sekurang-kurangnya mereka ada gunanya," katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan itu, tetapi perlu menyiapkan butiran terperinci mengenainya, termasuk memberi mereka kad pengenalan diri.
Ditanya mengenai tempoh pelaksanaannya, Azmi menjawab: "Ia boleh dilakukan segera kerana mereka sudahpun berada di sini."
Masyarakat Rohingya mengadu masih ditangkap dan ditahan oleh pihak polis dan Jabatan Imigresen walaupun kerajaan telahpun mengiktiraf kehadiran mereka di sini.
Disember lalu, Azmi dipetik sebagai berkata tidak ada keputusan muktamad dibuat untuk mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai kumpulan pelarian yang baru.
Kenyataan itu bagaimanapun bercanggah dengan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengenai dasar baru tersebut.
Pesuruhjaya Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian, menganggarkan terdapat kira-kira 10,000 Rohingya di Malaysia sekarang.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.