Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penafian 'beramanah' ADUN Tepoh: Saya masih PAS
Diterbitkan:  Aug 8, 2016 9:25 AM
Dikemaskini: 1:51 AM

Wakil rakyat PAS Hishamuddin Abdul Karim menafikan beliau menyokong perjuangan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Dua kali berdepan tuduhan sama, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh menegaskan masih bersama PAS dan bukan serpihan parti Islam itu.

“Jsteru, dengan perkembangan ini saya mengira wajar untuk mengambil ruangan terhad ini untuk membuat penafian secara jujur dan beramanah agar ia tidak disalah erti oleh masyarakat dan rakyat di dalam kawasan saya,” katanya.

“Alhamdulillah, saya merupakan ahli PAS yang akan terus beristiqamah dengan perjuangan yang dipilih PAS dan berdoa kepada Allah SWT agar mengekalkan saya berada dalam perjuangan PAS yang sentiasa memandu perjuangan ahlinya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.”

Kenyataan itu dibuat susulan penyiaran sebuah artikel dalam The Star yang mendakwa beliau sealiran pemikiran dengan AMANAH serta dijadikan calon menteri besar parti itu.

Artikel itu antaranya menyebut ujian sebenar PAS-AMANAH akan dapat dilihat jika pilihan raya diadakan kerana AMANAH tidak akan dibantu oleh DAP atau undi Cina di negeri majoriti Melayu itu.

“Cukuplah sebaran berita-berita seperti ini dihentikan kerana ia tidak memberi faedah untuk kepentingan ummah, rakyat dan negeri,” katanya.

Lihat Komen
ADS