Kuning atau merah, Gerakan tawar stadium untuk semua himpunan
Tawaran Pemuda Gerakan untuk membantu BERSIH mencari sebuah stadium untuk mengadakan perhimpunan juga dibuka kepada protes "baju merah", kata ketuanya, Tan Keng Liang.
Beliau berkata parti itu ikhlas mahu membantu penganjur perhimpunan mencari tempat yang sesuai supaya mereka tidak perlu mengadakan demonstrasi jalanan yang mungkin menimbulkan risiko keselamatan.
"Tolong lakukan di stadium. Kami tidak berpihak. Saya telah kata dengan jelas bahawa baju merah tidak perlu melakukan demonstrasi jalanan, tetapi kadang-kadang ia tidak dilaporkan oleh akhbar [...]
"Pemuda Gerakan tidak peduli apa warna: Merah, kuning, ungu, merah jambu ... Sila berhimpun dalam stadium. Jadi tawaran ini adalah untuk semua.
"Jika kamu mahu, datang kepada kami dan kami akan cuba untuk membantu," kata Tan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.

