Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saya akan bela Najib, jika saman DOJ terbukti fitnah - Pua
Diterbitkan:  Aug 9, 2016 4:08 PM
Dikemaskini: 8:11 AM

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua hari ini berikrar akan menjadi orang pertama mempertahan dan menebus maruah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika terbukti saman fitnah yang diambil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Ameriak adalah fitnah.

Katanya, saman sivil yang difailkan DOJ itu membabitkan penyelewengan wang 1MDB adalah peluang bagi Najib untuk memberi keterangan dan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Namun, menurutnya, apa yang menimbulkan tanda tanya, adalah Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin tetap berkeras enggan membuka semula siasatan terhadap 1MDB dan juga cadangan untuk menyiasat SRC International.

“Tindakan itu menghina maruah dan integriti badan perundangan tertinggi negara,” katanya yang bertindak meninggalkan mesyuarat PAC, semalam setelah gesaannya untuk membuka semula siasatan ke atas 1MDB ditolak.

“Ini bukan perkembangan yang kecil, perkembangan yang besar.

“Dan kita perlu memanggil PM sendiri untuk jawab di hadapan PAC sama ada perkara yang disebut itu benar ataupun tidak,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut hari ini, Pua berkata sehingga saat ini, PAC belum memanggil perdana menteri untuk memberi sebarang keterangan kepada PAC berhubung skandal 1MDB.

Menurutnya, isu 1MDB adalah “skandal kewangan terbesar di dunia” sebagaimana yang diumumkan agensi media UK Guardian setelah DOJ memfaikan saman untuk merampas sebanyak AS$1 bilion daripada aset 1MDB berikutan dakwaan pengubahan wang haram.

Dalam saman sivilnya, DOJ telah memperincikan bagaimana dana berjumlah AS$731 juta telah disalahgunakan, dan masuk ke akaun peribadi individu disebut sebagai “Malaysian Official 1” yang dipercayai adalah Najib sendiri.

Lihat Komen
ADS