Terjemahan Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin kanan puak pemisah Islam terbesar Filipina di selatan kepulauan Mindanao hujung minggu ini, demikian menurut seorang pegawai republik berkenaan.

"Menteri Luar berharap dapat melihat sendiri keadaan terkini di sana sewaktu menemui pemimpin-pemimpin MILF itu," kata seorang pegawai kerajaan yang mengikuti rancangan tersebut, kepada AFP.

Menurutnya, pertemuan tersebut dijadual diadakan pada 12 April di bandaraya Cotabato di Mindanao sejurus selepas tamatnya mesyuarat menteri-menteri luar Asean di Cebu.

Rundingan damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro(MILF) dijangka disambung semula di Malaysia pada 16 April ini. Genjatan senjata telah ditandatangani tahun lalu di antara Manila dan MILF.

MILF telah melancarkan pemberontakan untuk mewujudkan sebuah negara Islam di selatan kepulauan Mindanao sejak 1978 tetapi mula mengadakan rundingan damai dengan pihak kerajaan pada tahun 2003.

Syed Hamid juga akan menemui badan pengawasan antarabangsa di Mindanao yang mula mengawasi genjatan senjata tersebut Oktober lalu. Misi 64 anggota itu diketuai olehMalaysia. Anggota lain ialah dari Brunei dan Libya.

- AFP