Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Musa dedah Najib pernah kata tak akan cuti kerana 1MDB
Diterbitkan:  Aug 10, 2016 8:00 PM
Dikemaskini: 12:03 PM

Apabila isu 1MDB pertama muncul, Tun Musa Hitam adalah antara mereka yang secara terbuka menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengambil cuti sementara siasatan dijalankan.

"Kira-kira seminggu selepas itu, dalam perbualan telefon, Najib secara lawak memberitahu, 'Saya masih belum bercuti'," kata bekas timbalan perdana menteri itu.

Musa mengimbas kembali perbualan itu menerusi bukunya, "Frankly Speaking" yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang ini.

Menurut Musa, perdana menteri begitu yakin dan percaya dirinya mampu berdepan dengan isu berkenaan.

"Malah, beliau melahirkan keyakinan bahawa dirinya akan mengatasi krisis ini. Najib, saya anggap, sedar dengan risiko yang diambil.

"Ini termasuk akibat ke atas kerjaya politiknya dan juga kesejahteraan negara," katanya.

Isu 1MDB tercetus berikutan laporanoleh akhbar Wall Street Journal dan laman web Sarawak Report tahun lalu.

Sejak itu, negara menyaksikan pelbagai perkembangan dan tindakan berikutan skandal tersebut, termasuk pemecatan timbalan perdana menteri, menteri kabinet dan pertukaran beberapa pegawai tinggi kerajaan.

Terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan prosiding undang-undang untuk merampas aset yang didakwa diperolehi dengan dana yang diselewengkan dari 1MDB.

Saman sivil itu turut menamakan ‘Malaysian Official 1' mendapat keuntungan daripada firma pelaburan negara itu, dan pembangkang menuding jari kepada perdana menteri.

Najib menafikan bahawa beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan mendakwa ada pihak yang berkomplot untuk menggulingkannya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali juga membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS