Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khidmat Uber, Grab bakal sah di sisi undang-undang
Diterbitkan:  Aug 11, 2016 12:09 PM
Dikemaskini: 4:29 AM

Keperluan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengawal konsep e-teksi menjelang akhir tahun ini bakal membuka jalan kepada pengesahan perkhidmatan Uber dan Grab di sisi undang-undang, demikian yang diputuskan kabinet.

Menurut akhbar The Sun Daily, kabinet percaya langkah itu penting untuk manfaat rakyat Malaysia.

Pindaan undang-undang untuk membenarkan perkongsian perjalanan dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen pada bulan November akan datang.

Kabinet membuat keputusan itu selepas Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah dilaporkan membentangkan 11 inisiatif mengenai perkhidmatan teksi dan perkongsian perjalanan.

Inisiatif ini termasuk menyusun semula industri teksi konvensional dan meluaskan perkhidmatan pengangkutan dengan menghalalkan perkhidmatan Uber dan Grab, menurut harian tersebut.

Kabinet dilaporkan gembira dengan langkah untuk menyediakan permit teksi individu kepada teksi konvensional yang mempunyai rekod prestasi yang baik dan bersih.

"Adalah jelas bahawa rakyat mahu perkhidmatan teksi yang lebih baik," kata seorang pegawai berpangkat tinggi dari Jabatan Perdana Menteri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS