Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
K’jaan mahu pertikaian 1MDB - IPIC selesai cara baik
Diterbitkan:  Aug 11, 2016 12:48 PM
Dikemaskini: 7:26 AM

Malaysia memohon penyelesaian secara baik dengan firma pelaburan Abu Dhabi berhubung pertikaian lebih AS$6.5 bilion dengan firma pelaburan negara, 1MDB, yang ditetapkan bermula untuk proses timbang tara antarabangsa bulan depan, lapor akhbar, Straits Times, Singapura.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani memberitahu akhbar itu bahawa kementeriannya akan menyelia 1MDB, dalam cubaan menyelesaikan pertikaian berterusannya dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi secara baik.

Menurut laporan itu, sekiranya penyelesaian dicapai, kes yang akan melalui pengurusan kes di Mahkamah Timbang Tara London (LCA), bulan depan, akan menghalang pertikaian daripada berlarutan.

70 peratus daripada kes di LCA mengambil lebih daripada 18 bulan untuk diselesaikan.

Johari juga berkata, rundingan dengan IPIC akan membantu kerajaan membuat keputusan mengenai tindakan undang-undang terhadap pengurusan 1MDB sebelum ini dan lembaga pengarahnya, jika terbukti mereka punca kelemahan dan penyelewengan.

"Kita mesti mendapatkan cerita yang lengkap, barulah boleh melihat jika terdapat apa-apa kecuaian," katanya yang dipetik akhbar itu.

Sebelum ini adalah dilaporkan bahawa penyiasat antarabangsa percaya wang berkenaan terpesong daripada 1MDB kepada sebuah syarikat di Kepulauan British Virgin yang mempunyai nama yang hampir sama dengan Aabar Investments PJS, anak syarikat IPIC tetapi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan firma induk itu.

Wang berkenaan adalah sebahagian daripada deposit yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada Aabar Investments PJS sebagai jaminan untuk dua bon yang diterbitkannya.

Ia juga sebagai bayaran bagi penamatan pilihan untuk Aabar melanggani 49 peratus pegangan dalam aset kuasa milik firma pelaburan Malaysia itu.

Aabar Investment PJS adalah anak syarikat IPIC manakala Aabar Investment PJS Limited, sebuah entiti luar pesisir yang berdaftar di BVI, adalah sebuah syarikat yang tidak sama sekali mempunyai kaitan dengan firma dana kekayaan milik Abu Dhabi.

Sehingga kini belum ada sesiapa yang mampu menjelaskan kedudukan wang berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS