Ku Li: BERSATU Mahathir berdepan cabaran getir
Tun Dr Mahathir Mohamad akan berdepan dengan cabaran getir menubuhkan parti baru, kata seteru politik lama bekas perdana menteri itu, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.
Razaleigh, yang menubuhkan parti serpihan Umno, Semangat 46 ketika Mahathir adalah perdana menteri, berkata segala jentera kerajaan akan menentang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Ada kemungkinan dengan pengaruhnya, Mahathir boleh menarik penyokong. Tetapi kita tahu kerajaan akan menggunakan segala-galanya untuk menghalang rakyat daripada menyokong pembangkang," kata Tengku Razaleigh ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur.
Katanya, faktor lain, seperti hakikat bahawa Umno masih utuh, masyarakat bukan Melayu tidak layak menjadi ahli adalah antara halangan dan cabaran untuk parti baru itu.

