Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahmad Bashah: Tangan asing nak jatuhkan pemimpin

Tindakan negara asing yang cuba campur tangan dalam urusan dan pentadbiran negara dilihat sebagai satu daripada agenda tersirat untuk menjatuhkan pemimpin negara, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan selama 59 tahun, Malaysia tidak memerlukan sebarang campur tangan asing dalam menentukan urusan pentadbiran negara.

"Kita tak nak apa kita bangunkan selama ini cuba diambil alih dan ditentukan oleh negara luar. Kita tak perlu campur tangan luar untuk menentukan masa depan kerajaan dan pemimpin.

"Rakyat perlu melihat perkara ini kerana banyak tuduhan yang dibawa oleh negara luar hanya berniat untuk menjatuhkan pemimpin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian sidang Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar hari ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS