Bandar Kuantan, Felda Jengka sarang dadah paling teruk di Pahang
Pihak berkuasa telah mengenalpasti Gugusan Felda Jengka dan kawasan di sekitar bandar Kuantan sebagai kawasan pertanian dan perbandaran yang paling teruk dilanda gejala penyalahgunaan dadah di Pahang.
Pihak berkuasa telah mengenalpasti Gugusan Felda Jengka dan kawasan di sekitar bandar Kuantan sebagai kawasan pertanian dan perbandaran yang paling teruk dilanda gejala penyalahgunaan dadah di Pahang.
J
arak dan kedudukan kawasan Felda yang terpencil menjadi faktor mengapa kawasan Jengka menjadi tumpuan penagih berbanding kawasan pertanian luar bandar lain di Pahang, kata Pegawai Turus Risikan dan Intogasi Narkotik negeri, ASP Mohd Sakri Ariffin.
Menurut laporan Bernama , beliau berkata, seperti kebanyakan rancangan kemajuan tanah di negara ini, kawasan Felda menjadi pilihan penagih kerana mempunyai rangkaian jalan jejari yang banyak untuk membolehkan mereka melarikan diri daripada serbuan pihak berkuasa.
"Sehingga Disember tahun lalu, katanya seramai 953 penagih ditangkap di kawasan Jengka di mana sebahagiannya dihantar ke pusat pemulihan manakala yang lainnya dipenjarakan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Katanya, Kuantan pula menjadi tumpuan penagih kerana wujudnya pengedar yang ramai dan bekalan dadah mudah didapati, dipercayai dari Thailand melalui Kelantan. Manakala ganja, pil WY, heroin, ubat batuk dan syabu turut dibawa masuk dari Kuala Lumpur dan Johor.
Setakat ini, katanya, sejumlah 2,902 tangkapan penagih dan pengedar dilakukan di sekitar kawasan perbandaran Kuantan.
Dadah tradisional
Menurutnya, Jabatan Narkotik telah mengklasifikasikan kawasan penagihan dadah kepada dua pertanian dan bandar untuk membahagikan peratus penagihan.
Manakala jenis dadah yang disalahguna pula dibahagikan kepada dua kategori dadah tradisional dan dadah perangsang (ATS - Amphetamine Type Stimulants).
Kategori dadah tradisional, katanya, terdiri daripada dadah kategori lama seperti heroin, morfin dan ganja manakala dadah yang dilabelkan sebagai ATS ialah pil khayal seperti Aramin 5, WY, ecstasy dan syabu.
Menurut ASP Mohd Sakri lagi, penagihan dadah jenis tradisional umumnya melibatkan penagih tegar manakala dadah jenis ATS pula lebih kepada golongan muda yang lazimnya berkedudukan tinggi.
"Dadah jenis heroin menjadi pilihan utama penagih kronik kerana memberikan kesan khayal dan impak yang maksimum, berbanding ATS yang dikatakan tidak memberi impak khayalan yang begitu ketara, sedangkan harganya agak tinggi," katanya.
Selain risikan harian, Mohd Sakri berkata, Jabatan Narkotik mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai bagi membanteras penyalahgunaan dadah di Pahang.
Kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat, tambahnya, amat penting walaupun polis sentiasa menjalankan pemeriksaan, serbuan dan tangkapan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.