Seorang lelaki Islam dihukum 10 bulan penjara oleh Mahkamah Syarikah Kota Bharu kerana menyerahkan anak lelakinya kepada seorang wanita Jermah bukan Islam, demikian menurut satu laporan hari ini.

Mazuri Mamat, 32, mengaku bersalah menyerahkan anaknya Mu'izzuddin Mazuri, kini berusia lapan tahun, kepada Ingrid Angelika Braun, yang bekerja di Malaysia pada bulan Disember 2002, lapor akhbar New Straits Ti mes.

Hakim Mahkamah Syariah Nik Najib Che Hassan dipetik sebagai berkata, tindakan Mazuri menyerahkan anaknya kepada orang bukan Islam itu adalah salah di sisi Islam.

Nik Najib berkata, sebagai seorang bapa, adalah menjadi tanggunjawab Mazuri untuk memelihara anaknya itu.

Malah, katanya, apa yang dilakukan oleh Mazuri itu juga menyentuh sensitiviti awam, terutama rakyat beragama Islam.

Menurut laporan akhbar tersebut, belum ini, Mahkamah Syariah berkenaan telah mengarahkan supaya kanak-kanak tersebut diserahkan kembali kepada ibunya Juliana Jalil, 26.

Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dalam kes-kes sivil yang membabitkan rakyat Malaysia yang beragama Islam, yang merupskan separuh daripada jumlah penduduk negara ini, yang juga mempunyai ramai penganut agama Buddhist, Kristian dan minoriti penganjut Hindu. - APF