Gurauan April Fool: K'jaan akan ambil tindakan, kata Nazri
Terjemahan Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap malaysiakini kerana menyiarkan guruan April Fool kerana "ia berbohong", kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz di Dewan Rakyat hari ini.
Terjemahan Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap malaysiakini kerana menyiarkan guruan April Fool kerana "ia berbohong", kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, tindakan itu akan diambil bukan kerana "kita panik kerana melakukan sesuatu yang salah" tetapi kerana malaysiakini adalah pembohong.
"Bagaimanapun kita boleh membenarkan sebuah 'stesen; melakukan sesuatu yang salah seperti itu," katanya di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, Nazri tidak menyebut secara khusus bentuk tindakan yang akan diambil terhadap lamanweb tersebut.
"Saya tidak tahu (apakah bentuk tindakannya). Itu kena tanya (Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi) Dr Lim Keng Yaik," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen kemudiannya.
Isu tersebut telah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang berkata gurauan April Fool malaysiakini itu telah menyebabkan pemimpin-pemimpin Umno menjadi panik apabila ahli-ahli parlimen membahaskan isu-isu rasuah.
Ketika menjawab kenyataan Kit Siang itu, Nazri berkata kerajaan tidak akan membiarkan sesiapa sahaja "berbohong".
Lim kemudiannya memberitahu Nazri bahawa kerajaan sepatutnya berterima kasih kepada malaysiakini kerana membangkitkan isu-isu rasuah yang berleluasa.
"Anda mesti lebih berfikiran terbuka. Ini (gurauan April Fool adalah sesuatu yang amat biasa. New York Times, malah New Straits Times pun telah melakukan sebelum ini. Apa perlunya untuk mengambil tindakan terhadap malaysiakini tetapi tidak mengisytiharkan komitmen anda untuk membanteras rasuah," kata Kit Siang.
Tiada imuniti
Dalam jawapannya, Nazri berkata mengapa imuniti mesti diberikan kepada malaysiakini kerana gurauan April Fool tidak sepatutnya mengenai perkara tersebut.
"Hakikatnya ialah mereka telah berbohong dan kita akan mengambil tindakan terhadap mereka," tegasnya lai.
Manakala Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pula berkata kerajaan tidak seharusnya menggunakan 'April Fool sebagai satu budaya Barat' sebagai alasan untuk terus menafikan amalan rasuah yang berleluasa.
Sedangkan, katanya, sistem di negara ini penuh dengan budaya barat seperti membilang detik tibanya tahun bagu pada 1 Januari.
Pada 1 April lalu, malaysiakini telah menyiarkan satu gurauan April Fool dengan 'mendakwa' tiga menteri dan seorang menteri besar akan didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Satu lagi laporan kembar pula menjelaskan bahawa ianya hanyalah satu gurauan April Fool.
Dalam reaksi selepas berita itu disiarkan, Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail memberitahu pihak media yang beliau tidak nampak sebarang gurauan berhubung laporan tersebut, dan berkata akan mengambil tindakan terhadap malaysiakini.
Disalaherti
Beliau juga dilaporkan akan mengarahkan pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut.
Bagaimanapun kemudiannya, Abdul Gani memberitahu malaysiakini bahawa beliau telah disalahpetik dan tidak pernah berkata akan mengarahkan polis menyiasat perkara tersebut.
Manakala Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Prof Hamdan Adnan pula dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia menggesa supaya malaysiakini diharamkan kerana menyiarkan gurauan April Fool itu.
Bagaimanpun, beliau juga kemudiannya mendakwa kenyataannya itu telah "disalaherti".
Penasihat Fomca itu berkata beliau tidak menggunakan perkataan "diharamkan" atau secara khususnya menyebut malaysiakini, tetapi sekadar memberitahu pemberita akhbar itu bahawa kerajaan patut bertindak terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab jika cukup justifikasinya untuk berbuat demikian.
Utusan Malaysia melaporkan: "Tindakan sebegini harus dibanteras dengan kerajaan menutup laman web sebegini sebagai amaran kepada pihak-pihak lain yang mencuba taktik tidak bertanggungjawab ini."


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.