ULASAN l Saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 17 Ogos yang menolak permohonan keluar daripada agama Islam oleh tiga saudara baru bumiputera di Sarawak.

Pemohon pada asalnya bukan beragama Islam memeluk agama Islam untuk berkahwin. Berikutan pembubaran perkahwinan, masing-masing mengisytiharkan tidak lagi mengamalkan ajaran Islam.

Persoalan isu ini berpusat kepada isu sama ada mahkamah sivil atau syariah perlu membuat keputusan dalam kes-kes seumpamanya.

Dalam hal ini, ketiga-tiga hakim panel Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa bidang kuasa terletak pada mahkamah syariah dan bukannya mahkamah sivil dengan memetik keputusan mahkamah persekutuan dalam kes Lina Joy, serta tafsiran mereka mengenai Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Tambahan Fasal 1A kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan pada 1988 menjelaskan bahawa mahkamah tinggi dan mahkamah bawahan tidak lagi akan mempunyai bidang kuasa mengenai perkara-perkara di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

Dibaca bersama dengan Akta Mahkamah Kehakiman 1964, yang menentapkan bahawa kuasa mahkamah rayuan adalah terhad sebagaimana yang dilaksanakan oleh mahkamah tinggi, maka ini disusuli bahawa mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan juga tidak mempunyai kuasa ke atas perkara yang sama.

Walau bagaimanapun, ini menimbulkan dilema perlembagaan.

Di bawah jadual kesembilan perlembagaan persekutuan, undang-undang Islam, bidang kuasa mahkamah syariah adalah terhad kepada "mereka yang menganuti agama Islam" sahaja.

Berdasarkan premis ini, seperti yang dinyatakan oleh peguam pemohon yang juga memetik penghakiman bertentangan dalam kes Lina Joy, mahkamah syariah tidak akan mempunyai bidang kuasa ke atas pemohon kerana mereka bukan lagi menganut agama Islam.

Mengenai isu ini, kita perlu mengambil iktibar daripada keputusan progresif yang dibuat oleh mahkamah negara Islam yang lain. Kerajaan Jordan, sebagai contoh, baru-baru ini mengumumkan bahawa kad pengenalan baru rakyatnya tidak lagi akan mempamerkan agama pemegangnya.

[Baca berita penuh]


ZAIRIL KHIR JOHARI adalah ahli parlimen Bukit Bendera dan penolong setiausaha publisiti DAP.