DiCaprio tarik diri jadi hos kutip dana untuk Clinton
Pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio telah menarik diri daripada menjadi hos kepada pengumpulan dana untuk calon presiden Amerika Syarikat Hillary Clinton yang dijadual esok.
Ia berikutan DiCaprio, 41, dikaitkan dengan skandal 1MDB dalam saman sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat bulan lalu.
DOJ memohon untuk membatalkan kira-kira AS $ 1 bilion aset yang didakwa dibeli dengan dana dicuri dari 1MDB.
Ini termasuk dana disalurkan kepada syarikat produksi Red Granite, penerbit 'Wolf of Wall Street' yang dikaitkan dengan DiCaprio.
Dalam tindakan sivil, DiCaprio disebut sebagai 'Hollywood Actor 1' dan ia menyatakan bahawa yayasannya mendapat manfaat daripada Red Granite, anak tiri Perdana Menteri Daruk Seri Najib Razak, Riza Aziz dan ahli perniagaan kontroversi Jho Low.
Nama Riza (foto) dan Low disebut tindakan sivil DOJ, bersama-sama dengan dua pegawai Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
The Hollywood Reporter (THR) dalam laporannya memetik sumber yang rapat dengan kutipan derma Clinton sebagai berkata DiCaprio digugurkan daripada menjadi hos kerana projek terbaru pelakon itu di New York sehingga Rabu.
Wakil DiCaprio, Shawn Sachs juga menegaskan bahawa jadual bintang filem itu yang ketat menyebabkan dia menarik diri sebagai hos.
Sementara itu, yayasan kebajikan Hillary dan Bill Clinton berada di bawah penelitian semasa kempen presiden Hillary, terutamanya kepada sumbangan wang daripada negara asing.
The Clinton Foundation berkata ia tidak akan menerima sumbangan daripada luar negara jika Hillary menjadi presiden.
THR berkata sumber yang berpengalaman dalam merancang kempen presiden berkata, ia akan menjadi 'tidak cerdik' untuk menjauhkan DiCaprio dari Hillary di tengah-tengah skandal 1MDB, walaupun yang lain berkata calon-calon presiden mempunyai standard yang lebih rendah untuk tapisan kutipan dana selebriti itu.
Jurucakap kempen Clinton Josh Schwerin juga berkata sebarang cadangan menggugurkan DiCaprio daripada kutipan derma dengan mengaitkan skandal 1MDB adalah sama sekali palsu.
"Jika kita boleh mempunyai acara di rumahnya, kita akan suka.
"Dia cukup pemurah untuk mencari hos yang baru.
"Kami berharap dapat melakukan sesuatu dengan beliau pada masa depan," Schwerin dilaporkan sebagai berkata oleh THR.
Justin Timberlake dan Jessica Biel menggantikan DiCaprio sebagai hos acara pengumpulan dana itu.

