Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kapal layar mewah dikaitkan Jho Low belayar ke Hong Kong
Diterbitkan:  Aug 22, 2016 12:19 PM
Dikemaskini: 4:26 AM

Kapal layar super mewah dikaitkan dengan ahli perniagaan Malaysia Jho Low telah belayar ke perairan Hong Kong, menurut akhbar South China Morning Post.

Akhbar itu berkata, walaupun terdapat spekulasi bahawa kapal layar itu, yang merupakan antara yang terbesar di dunia akan dijual, tujuan perjalanan ke Hong Kong adalah tidak jelas.

"Dan tidak ada yang berkaitan dengannya bersedia untuk bercakap," katanya.

SCMP telah menghubungi Northrop & Johnson, broker berpangkalan di Hong Kong bagi kapal layar berkenaan, tetapi firma itu enggan mengulas.

Salah satu broker jualannya memberitahu syarikat itu mempunyai perjanjian kerahsiaan dengan pelanggan.

"Pelanggan tidak mahu sebarang publisiti," kata broker itu.

Menurut SCMP, kapal layar itu sering dipetik kepunyaan Jho Low tetapi peguamnya menafikan perkara itu.

"Walaupun begitu, kapal layar itu kelihatan miliknya dan beliau telah menganjurkan parti mewah di atas kapal dengan bintang Hollywood seperti Leonardo DiCaprio," lapornya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS