Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom yang berlaku di Gaziantep, Republik Turki pada 20 Ogos 2016 yang
telah meragut 51 nyawa serta mencederakan 94 orang.

Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Turki serta kepada keluarga dan mangsa yang terlibat di dalam serangan tersebut.

Malaysia menganggap tindakan kegasanasan ini tidak berperikemanusiaan dan berharap pihak yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

Walaupun Gaziantep bukan lokasi yang lazim dilawati oleh pelancong Malaysia, namun rakyat Malaysia yang bermastautin atau berhasrat mengadakan lawatan ke Turki dinasihatkan merujuk panduan keselamatan yang disiarkan dalam laman sesawang Kementerian Luar Negeri.

Sumber : Kementerian Luar Negeri Malaysia

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Nama : Azreey Abu Kasim
Penolong Pengarah
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Emel : azreey@kln.gov.my

-Bernama