Amerika diminta jangan gagalkan rundingan damai di Filipina
Terjemahan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam meminta Amerika Syarikat supaya tidak menggagalkan proses rundingan damai di antara kerajaan Filipina dengan kumpulan pemisah Islam di selatan negara itu.
Terjemahan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam meminta Amerika Syarikat supaya tidak menggagalkan proses rundingan damai di antara kerajaan Filipina dengan kumpulan pemisah Islam di selatan negara itu.
Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas dakwaan Amerika bahawa Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang akan terbabit dalam rundingan damai itu, mungkin ada kaitan dengan dua kumpulan yang ada hubungan dengan al-Qaeda.
"Saya fikir semua itu adalah satu tuduhan. Tiada ada bukti," tegas Syed Hamid.
"Saya rasa kita tidak seharusnya menggagalkan proses (damai) tersebut. Ia satu proses yang baik. Ia mewujudkan keyakinan rakyat," katanya.
Setiausaha eksekutif presiden Filipina, Eduardo Ermita dilaporkan berkata, dakwaan tersebut dibuat oleh satu delegasi pegawai Amerika, termasuk Laksamana William Fallon, ketua Pemerintah Tentera Amerika di Pasifik.
"Kita telah menerima maklumat daripada Amerika mengenai hubungan MILF dengan Jemaah Islamiyah dan Abu Sayyaf," katanya Ermita, merujuk kepada dua kumpulan militan Islam yang didakwa mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden.
Kerajaan Filipina akan memulakan rundingan damai dengan MILF di Malaysia Isnin depan.
Isu-isu utama
MILF yang mempunyai seramai 12,000 anggota telah melancarkan perang sejak tahun 1978 untuk mewujudkan sebuah negara Islam di selatan negara itu yang sebahagian besar penduduknya adalah Roman Katholik.
Mengenai rundingan damai di Kuala Lumpur, Syed Hamid berkata, isu paling penting yang mahu diselesaikan oleh Manila dan MILF ialah mengenai isu kawasan nenek moyang.
"Kami berharap proses damai itu akan berterusan dan mencapai matlamatnya. Tetapi tidak bolehkan diletakkan tarikh akhirnya kerana ia membabitkan isu-isu sukar yang hendak diselesaikan," katanya.
Manila menguatkuasa genjatan senjata yang dipersetujui dengan MILF pada tahun 2003 dengan diawasi oleh sebuah badan yang dianggotai oleh Malaysia dan beberapa negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.