Lelaki rempuh bangunan JPM meninggal dunia
Kontraktor kecil yang melecur selepas keretanya merempuh sebuah kereta lain di tempat letak kereta di bawah bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya 4 April lalu, meninggal dunia pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Kontraktor kecil yang melecur selepas keretanya merempuh sebuah kereta lain di tempat letak kereta di bawah bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya 4 April lalu, meninggal dunia pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Razali Ismail, 25, meninggal dunia kira-kira jam 9.27 pagi di Unit Rawatan Rapi hospital itu setelah tidak sedarkan diri sejak kejadian terbabit.
Menurut laporan Bernama , Razali yang berasal dari Bedong, Kedah itu, meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan berusia dua tahun.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Saari berkata kematian Razali menjejaskan sedikit siasatan polis ke atas kejadian itu kerana tidak mendapat maklumat tentang motif sebenar kejadian berkenaan secara terus daripadanya.
"Kalau dia masih hidup, mungkin kita akan dapat gambaran yang lebih jelas lagi tentang motif dia datang ke JPM tempohari," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Perhalusi motif
Fauzi berkata polis masih menjalankan siasatan dan sedang memperhalusi motif kejadian itu berpandukan daripada kenyataan rakan-rakan serta teori sebelum membuat rumusan.
"Kita perhalusi motif yang kita kenal pasti iaitu tekanan perasaan disebabkan masalah kewangan yang menimpanya," katanya.
Dalam kejadian 4 April lalu, Razali yang memandu kereta Honda Civic, merempuh masuk tanpa kebenaran ke kawasan tempat letak kereta di bawah bangunan JPM di Parcel A, Putrajaya sebelum merempuh sebuah kereta Proton Perdana V6 kira-kira jam 12.35 tengah hari.
Akibat kejadian itu, Razali mengalami kesan kebakaran 70 hingga 80 peratus di badannya.
Motif kejadian itu menjadi tanda-tanya apabila apabila polis menemui dua kilogram kabait dan dua botol minyak tanah dalam keretanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.