Ikan besar atau kecil tapi bukti yang penting, kata SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) tidak boleh memilih untuk mencekup 'ikan besar atau kecil' kerana ia ditentukan oleh bukti-bukti yang diperolehi, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan dan Profesionalisme SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah.
"Saya ingin katakan di SPRM, kita tidak boleh memilih (untuk menangkap) ikan besar atau ikan kecil.
"Kami akan siasat, kita perlu ada beberapa bukti (untuk memutuskan) sama ada kita ada kes atau tidak. Jika tidak, bagaimana kita akan membuat pendakwaan?" tanya beliau.
"Orang ramai tidak boleh mengatakan kita tidak pernah siasat ikan besar," jelasnya.
Mohd Jamidan berkata demikian bagi menjawab kritikan bahawa suruhanjaya itu gagal dalam menyiasat para pegawai tinggi dalam kerajaan.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.