Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tiada sebarang arahan daripada kepimpinan PAS supaya anggotanya menyertai perhimpunan #TangkapMO1 yang akan diadakan esok.

Bagaimanapun, Penolong Setiausaha Agung 1 PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut sekiranya parti Islam itu membenarkan anggotanya menyertai perhimpunan berkenaan.

"Setakat ini tak ada arahan. Saya tak boleh respon untuk soalan itu.

"Kita akan tunggu arahan setiausaha agung," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara.

Himpunan #TangkapMO1 esok dianjurkan oleh gabungan mahasiswa serta anak muda.

Mereka merancang untuk menjadi Dataran Merdeka di ibu negara sebagai kawasan untuk berhimpun.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang ingkar dengan larangan mengadakan perhimpunan #TangkapMO1.

Khalid mengingatkan bahawa tiada kebenaran diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk penggunaan tempat itu.

Perhimpunan anjuran kumpulan belia dan pelajar itu bertujuan mendesak pihak berkuasa mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap Malaysian Official 1 atau MO1.

MO1 disebut 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk mendapatkan balik hampir AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan 1MDB.

Perhimpunan ini disokong oleh Pakatan Harapan dan gabungan pro-reformasi sistem pilihan raya BERSIH.

Lihat Komen
ADS