Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pindaan Akta 164: Pendakwah saran tubuh majlis perundingan

Pendakwah Wan Ji Wan Hussin mencadangkan supaya majlis perundingan yang dianggotai wakil dari mahkamah syariah dan mahkamah sivil diwujudkan.

Beliau bimbang pembentangan pindaan kepada Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 atau Akta 164, boleh mewujudkan rasa tidak senang di kalangan sesetengah pihak.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengesahkan pada hari Khamis bahawa kabinet bersetuju terhadap pindaan kepada undang-undang itu bagi memastikan pertikaian antara agama yang melibatkan perkahwinan sivil diselesaikan di mahkamah sivil.

"Cadangan kabinet Najib itu mungkin mengundang reaksi kurang senang di kalangan orang Islam di negara ini, terutama orang Melayu," kata Wan Ji kepada Malaysiakini.

Oleh itu adalah penting untuk menentukan sama ada cadangan itu akan memberi kesan kepada hubungan antara orang Islam dan bukan Islam, katanya.

"Saya mencadangkan majlis perundingan yang terdiri daripada wakil dari mahkamah syariah dan mahkamah sivil ditubuhkan untuk membincangkan isu ini," katanya.

Beliau berkata langkah itu juga akan menyaksikan pengurangan kes yang dikendalikan oleh mahkamah syariah.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS