Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Hujan mencurah-curah, tapi 4 kawasan IPU tak sihat
Diterbitkan:  Aug 30, 2016 10:03 AM
Dikemaskini: 3:48 AM

Empat kawasan mencatatkan kualiti udara tidak sihat di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya sehingga jam 9 pagi ini walaupun hujan mencurah-curah sejak awal pagi.

Bacaan tertinggi Indeks Pencemaran Udara (IPU) dicatat di Nilai dengan 120 mata, diikuti Shah Alam (105), Putrajaya (103) dan Banting (102).

Keempat-empat kawasan ini juga menjadi kawasan kualiti paling buruk di seluruh Malaysia.

Ini berbeza dengan keadaan semalam apabila jerebu dikesan di beberapa kawasan di Lembah Klang, tetapi bacaan IPU menunjukkan dapatan sebaliknya.

Ia turut menyebabkan timbul khabar angin sekolah akan ditutup tetapi Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikannya semalam.

The Star semalam melaporkan Jabatan Alam Sekitar sebagai menjelaskan bacaan IPU di Malaysia berdasarkan purata 24 jam terakhir.

Lihat Komen
ADS