Kelantan isytihar cuti sempena Hari Wukuf 11 Sept
Diterbitkan: Aug 30, 2016 4:29 PM | Dikemas kini: Aug 30, 2016 4:32 PM
Kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 11 Sept ini yang bersamaan 9 Zulhijjah, sempena Hari Wukuf.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata ia bertujuan memberi peluang kepada umat Islam di negeri ini berpuasa sunat dan melakukan persiapan menyambut Aidiladha.
"Kita jangka Aidiladha pada Isnin dan Selasa manakala Ahad Hari Wukuf," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, Ahad (11 Sept) diisytiharkan sebagai cuti
peristiwa.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.