Pinda perlembagaan bukan untuk sekat kuasa Agong
Datuk Seri Nazri Aziz berkata pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1994 - yang memerlukan izin sultan atau raja - bertujuan mengehadkan kuasa istana.
Katanya perlembagaan dipinda pada ketika itu semata-mata untuk melicinkan proses penggubalan undang-undang demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat serta negara.
"Ia tiada kena mengena langsung dengan usaha untuk mengurangkan kuasa sesiapa, (sebaliknya) hanya untuk melicinkan (proses penggubalan undang-undang) saja," katanya kepada media di Muzium Negara di Kuala Lumpur hari ini.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu ditanya media mengenai pandangannya jika perlembagaan perlu dipinda semula bagi membolehkan raja-raja Melayu memberikan persetujuan sebelum sesuatu undang-undang itu diluluskan.
The Star hari ini melaporkan kabinet terbuka untuk membincangkan isu mengehadkan kuasa Yang di-Pertuan Agong ke atas mana-mana akta baru.
Nazri berkata faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu pindaan dibuat ialah kelicinan proses penggubalan undang-undang.
"Hal-hal lain tak patut jadi fakta untuk kita kaji semula melainkan ia menjadi halangan kepada proses itu," katanya.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.