MILF sedia berunding, tetapi mahukan tanahair Bangsamoro'
Terjemahan Pemimpin kumpulan pemisah Islam terbesar di Filipina kini bersiap sedia untuk mengadakan rundingan damai untuk mencari jalan bagi mengakhiri pemberontakan di selatan negara itu.
Terjemahan Pemimpin kumpulan pemisah Islam terbesar di Filipina kini bersiap sedia untuk mengadakan rundingan damai untuk mencari jalan bagi mengakhiri pemberontakan di selatan negara itu.
Bagaimanapun, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) sebelum ini telahpun menegaskan bahawa pihaknya tidak akan menandatangani sebarang perjanjian damai sekiranya ia tidak memenuhi aspirasinya untuk menubuhkan "tanahair Moro".
Ketuanya, Murad Ebrahim 44, berkata beliau mempunyai tanggungjajwab kepada masyarakat Islam yang terpinggir di kepulauan itu yang telah diabaikan oleh kerajaan Filipina.
MILF dianggarkan mempunyai 12,000 anggota yang melancarkan perang pemisah di kepulauan Mindanao.
Malaysia menjadi tuanrumah kepada rundingan damai antara MILF dan kerajaan Filipina yang bermula hari ini di mana kedua-dua pihak dijangka akan berusaha menyelesaikan tuntutan MILF terhadap"tanah nenek moyong mereka".
"Kami akan berunding tidak kira selama mana pun. Tetapi kami tidak akan menandatangani apa-apa pun jika ia tidak memenuhi aspirasi rakyat Bangsamoro," kata Ebrahim kepada AFP di perkhemahannya di selatan Filipina pada akhir tahun lalu.
Ibunya meninggal dunia ketika dia masih bayi dan Ebrahim dibesarkan oleh bapanya, seorang pendakwah agama yang percaya bahawa pendidikan terbaik hanya terdapat di Universiti Notre Dame yang dikendalikan oleh pihak Katholik di bandar Cotabato.
Ebrahim belajar di universiti tersebut sehingga dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, dan banyak membantu tugasnya sebagai pakar strategi kumpulan pemisah itu, dan ketika dia mengadakan pertemuan dengan para diplomat dari Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Beliau adalah antara pemimpin pelajar Islam yang bersama-sama Nur Misuari, Salamat Hashim dan Ghazali Jaafar, menubuhkan sebuah badan pada tahun 1970-an yang kemudiannya dikenali sebagai Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).
Pengasas kumpulan serpihan
Ketika berusia 22 tahun, Ebrahim tercicir daripada pengajiannya dalam bidang kejuruteraan sivil dan menghabiskan masalah 30 tahun berikutnya hidup dalam hutan.
MNLF mula terbabit dengan perjuangan bersenjata bagi melindungi masyarakat Islam di Mindanao yang menjadi sasaran kumpulan pra-militer Kristian sewaktu pemerintahan diktator Ferdinand Marcos.
Kumpulan tersebut semakin membesar di Mindanao, kepulauan di selatan Filipina yang kaya dengan hasil galian yang dituntut oleh masyarakat Islam di situ sebagai tanah nenek moyang mereka. Pada 1978, Ebrahim meninggalkan MNLF dan menubuhkan Barisan Pembebasan Islam Moro MILF).
MILF menjadi kumpulan pemisah Islam terbesar di Filipina apabila MNLF menamatkan perjuangan bersenjatanya dan hidup dalam suasana autonomi yang terhad pada tahun 1996. Bagaimanapun, perjanjian itu gagal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Mindanao.
Menurut angka MILF, kumpulan tersebut mempunyai lebih 120,000 anggota jauh lebih tinggi daripada anggaran pihak tentera.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.