Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah Persekutuan dengar cabaran aktivis Kita Lawan

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Oktober untuk mendengar sebutan mengenai persoalan perlembagaan sama ada Seksyen 4 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) yang berkaitan dengan pengharaman demonstrasi jalanan, adalah sah atau sebaliknya.

Mahkamah menetapkan tarikh itu untuk mendengar persoalan aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim dan aktivis Jingga 13 Mohd Fariz Musa kepada Mahkamah Persekutuan.

Adam Adli dan Fariz didakwa mengambil bahagian dalam protes jalanan Kita Lawan pada Februari tahun lepas.

Justeru, mereka mencabar keperlembagaan Seksyen 4 PAA yang melarang protes jalanan.

Pada 8 September 2015, Adam Adli, 26, dan Fariz, 45, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan yang bermula dari Kompleks Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke KLCC pada 28 Februari tahun lepas.

Mereka mengemukakan permohonan itu enam bulan lalu untuk mencabar beberapa isu perlembagaan, termasuk sama ada Seksyen 4 (1) (c), 4 (2) (c) dan 4 (3) PAA adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Peguam dan Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran memberitahu Malaysiakini bahawa tarikh ditetapkan untuk mendengar permohonan itu.

"Kami telah dimaklumkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan melalui surat bertarikh Ogos 22 untuk tarikh perbicaraan itu," kata Surendran.

Awal bulan ini, pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Nordin Hassan membenarkan persoalan-persoalan itu dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Lihat Komen
ADS