Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Hasil himpunan #TangkapMO1 pada Sabtu lalu tidak digunakan untuk menentukan tarikh perhimpunan BERSIH 5, kata gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu.

“Kita tidak jadikannya sebagai penanda aras.

“Kita melihatnya sebagai sebuah kumpulan bertindak balas terhadap isu penting dalam negara ketika itu,” Pengerusinya Maria Chin Abdullah kepada Malaysiakini semalam.

Ditanya sama ada beliau bimbang kehadiran yang rendah dalam himpunan itu mempengaruhi BERSIH 5, Maria mengakuinya.

Bagaimanapun, katanya, mereka bekerja keras menggerakkan orang ramai hadir ke acara itu.

“Itu sebabnya kita kena bina momentum. Bagi kita, secara umumnya kita lihat momentumnya rendah, sama ada untuk BERSIH atau himpunan #TangkapMO1.

“Bagaimanapun himpunan itu tidak harus disalahkan kerana orang ramai kecewa dengan pelbagai isu. Ramai raya lesu,” kata Maria.

Polis menganggarkan kira-kira 2,000 orang hadir dalam himpunan anjuran kumpulan mahasiswa pada 27 Ogos lalu.

Ia dianjurkan bagi mendesak tindakan terhadap Malaysian Official 1 (MO1) yang dinamakan berkali-kalai dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat untuk menyita aset berkaitan 1MDB.

Kerajaan hari ini secara rasmi mengesahkan bahawa MO1 adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi menegaskan beliau bukan sebahagian daripada siasatan DOJ.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS