Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'KDNK M'sia dijangka tumbuh 4.3% pada separuh kedua'
Diterbitkan:  Sep 2, 2016 4:56 PM
Dikemaskini: 9:01 AM

Affin Hwang Capital menjangka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia pulih daripada 4.1 peratus berbanding tahun ke tahun pada separuh pertama 2016, kepada kira-kira 4.3 peratus pada separuh kedua, menjadikan pertumbuhan tahun penuh kepada kira-kira 4.2 peratus.

Dalam nota penyelidikan hari ini, firma itu berkata pertumbuhan akan disokong oleh aktiviti pembuatan yang kukuh dalam industri berorientasikan eksport seperti produk pembuatan, terutamanya barangan elektronik dan elektrik serta pemulihan dalam harga komoditi seperti sawit, minyak mentah dan gas asli cecair.

Sementara itu, Indeks Pengurus Malaysia (PMI) pembelian Malaysia susut 0.7 mata kepada 47.4 pada Ogos berbanding 48.1 pada Julai, bulan ke-17 berturut-turut di bawah paras 50, yang berpurata pada kira-kira 47.9 sejak April 2015 hingga Ogos 2016, kata Affin Hwang.

Kelemahan trend PMI konsisten dengan petunjuk ekonomi domestik lain, di mana pertumbuhan dalam sektor pembuatan Malaysia perlahan bagi suku kedua daripada 4.5 peratus berbanding tahun ke tahun pada suku pertama 2016 kepada 4.1 peratus pada suku kedua 2016, paling sedikit sejak suku kedua 2013.

"Bagaimanapun, kelembapan dalam dilihat dalam output industri berorientasikan domestik, berbanding industri beroreintasikan eksport, diseret oleh pengeluaran yang rendah dalam minyak binatang dan sayur-sayuran, lelemak dan pemprosesan makanan (-4 peratus) serta peralatan pengangkutan (-6.2 peratus)," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS