'Semua baik-baik saja dalam Gerakan P Pinang'
Semua baik-baik sahaja dalam Gerakan Pulau Pinang, kata kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu hari ini.
Ketua Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata parti itu telah berjaya menyelesaikan masalah dalaman selepas bertemu dengan presiden parti Datuk Mah Siew Keong.
"Saya ingin memberitahu media bahawa segala-galanya adalah okay," kata Teng.
"Kami (Teng dan Mah) mengadakan pertemuan empat mata pada hari Khamis, kami berjaya mencapai persefahaman dan mendapati beberapa pendekatan untuk menangani isu-isu," kata Teng.
"Media boleh bertanya mengenainya, tetapi kami akan beritahu anda sangat sedikit kerana kebanyakannya akan disimpan antara Mah, saya dan kepimpinan pusat," tambah ketua BN negeri itu.
Kedua-dua pemimpin itu tidak bertemu media selepas acara itu untuk mengulas lanjut mengenai perbincangan semasa mesyuarat empat mata tersebut.
Teng berkata presiden sepatutnya berada di Paris, tetapi beliau memilih untuk menghadiri Mesyuarat Perwakilan Gerakan Pulau Pinang.
"Ini menunjukkan betapa pentingnya parti itu kepadanya. Beliau berada di sini untuk mendengar perwakilan," kata Teng pada majlis yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Jalan Macalister.
Teng merujuk kepada pertelingkahan dalaman parti baru-baru ini di mana bekas Timbalan Pengerusi Kebangsaan Gerakan Dr Thor Teong Gee meletakkan jawatan.
Thor melepaskan semua jawatan parti selepas dikritik secara terbuka oleh naib pengerusi negeri Oh Tong Keong, kerana didakwa tidak layak bagi kerusi DUN Sungai Pinang.
Berikutan itu, pemimpin-pemimpin parti lain mengkritik kepemimpinan parti tersebut.

