MB Negeri Sembilan makin pulih
Diterbitkan: Sep 4, 2016 7:40 PM | Dikemas kini: Sep 4, 2016 7:43 PM
Keadaan kesihatan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara
(IJN) semalam selepas mengadu kurang sihat, kini semakin pulih.
Pegawai Khasnya, Zulkefli Awang berkata Mohamad sedang dipantau pihak IJN dan dijangka dibenarkan keluar dalam sehari dua lagi.
"Doktor menasihatkan Datuk Seri supaya berehat dan esok pihak hospital akan membuat pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menteri besar itu dilaporkan merasa tidak selesa badan ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rembau semalam.
Mohamad mendapatkan rawatan di Negeri Sembilan Chinese Maternity Hospital, Seremban sebelum dinasihatkan ke IJN.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.