Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid: Dr M tunjuk jiwa besar jumpa Anwar, tapi...

Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu seteru politiknya diakui memperlihatkan jiwa besar, hatta oleh pemimpin kanan BN sendiri seperti Datuk Seri Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, dakwa timbalan perdana menteri, ia adalah tindakan politik terdesak dan mempunyai tujuan tersirat.

“Tujuan tersirat beliau adalah bukan untuk bersetuju dengan Datuk Seri Anwar, bukan bersetuju juga untuk berkawan sebagaimana kenyataan beliau.

“Tetapi mempunyai tujuan politik atas keadaan yang terlalu terdesak kerana beliau memerlukan sokongan parti-parti dalam kumpulan pembangkang menyertai beliau,” kata Zahid.

“Atas keterdesakan itulah maka perkiraan Tun Mahathir bertumu dengan Anwar Ibrahim.

“Dan umum menganggap pertemuan itu adalah pertemuan politik yang tidak mempunyai keikhlasan,” katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.

Semalam Dr Mahathir mengejutkan banyak pihak dengan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Anwar mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Mereka berdua sempat bertegur sapa, berbual-bual, berbalas senyuman dan bersalaman – situasi yang tidak pernah berlaku sejak 18 tahun lalu ketika Mahathir memecat Anwar pada 1998.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata ia permulaan ke arah “perpaduan umat” dan pengukuhan parti-parti pembangkang sebagai persiapan untuk pilihan raya umum ke-14.

Mahathir, kini penasihat serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebelum ini bercita-cita membentuk sebuah gabungan besar pembangkang bagi menggugat pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS