Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Tan Sri Noh Omar menggesa kerajaan Selangor mengemukakan data terperinci mengenai pangsapuri perkhidmatan, rumah pejabat (Soho) dan pejabat maya di rumah (Sovo) yang diturunkan harga.

Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu mahu meneliti beberapa perkara, termasuk membandingkan harga ditetapkan dengan keluasan harta tanah itu.

"Sekarang menteri besar kena terangkan di mana garis panduan. Kita nak tanya menteri besar, rumah Soho, Sovo ini berapa harga, keluasan dia.

“Kita nak buat kajian. Kita nak tengok berapa luas dan berapa harga sekaki persegi.

"Kalau harga turun dan keluasan pun dikurangkan, apa bezanya?" katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Isnin lalu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Azmin berkata, kerajaan negeri sudah berbincang dengan pemaju supaya harga pangsapuri perkhidmatan, Soho dan Sovo di Selangor diselaraskan antara RM230,000 hingga RM270,000.

Sebelum diskaun, nilai pangsapuri berkenaan melebihi RM450,000.

Selain itu, kata Noh, gesaan supaya Azmin memberi data terperinci bertujuan supaya pihaknya dapat meneliti kebenaran sama ada harga Soho dan Sovo berkenaan selaras dengan keluasan pangsapuri tersebut.

"Kalau kita lihat pangsapuri di kawasan Shah Alam, kita nak tengok berapa luas Soho, Sovo yang dia kata turun harga.

“Dia kena terang pada rakyat berapa luas dan di situ nanti kita akan kira berapa harga sekaki persegi.

"Kerana daripada kajian, kita ada rekod. Kita cuma nak tahu kalau kawasan sini (Shah Alam) berapa sekaki persegi, berapa luas.

Di mana Soho dan Sovo ini (akan dibina). Jadi saya menanti dan nak tengok yang dia (Azmin) kata harga diturunkan.

"Saya bukan bohong tapi menteri besar yang buat kenyataan separuh-separuh dan tidak lengkap," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS