Seseorang yang memeluk agama Islam harus dipaksa oleh undang-undang untuk memberitahu pasangannya dalam masa tujuh hari, kata kumpulan antara agama.

Ini adalah antara empat pindaan undang-undang yang dicadangkan oleh Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) dalam usaha menyelesaikan isu yang timbul apabila hanya seorang daripada pasangan itu memeluk agama Islam manakala seorang lagi tidak.

Naib Presiden MCCBCHST, Jagir Singh berkata pindaan yang dicadangkan kepada Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 akan menghalang penukaran secara rahsia.

"Ini adalah untuk menjaga situasi di mana pasangan memeluk Islam secara rahsia dan tidak memberitahu keluarganya.

"Kami mencadangkan bahawa perlu ada undang-undang mewajibkan individu itu memaklumkan pasangannya yang tidak menukar agama.

“Dalam masa tujuh hari kamu perlu memberitahu bahawa kamu telah memeluk Islam, jika tidak, dia (pasangan kamu) akan terkejut.

"Jadi, menjadi kewajipan pasangan yang memeluk Islam memaklumkan pasangannya yang tidak menukar agama," kata Jagir pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga adalah pengerusi bersama panel undang-undang MCCBCHST.

[Baca berita penuh]