Radio THR.fm kini milik Astro
Astro All Asia Networks plc (Astro) telah memiliki keseluruhan pegangan saham Radio Lebuhraya Sdn Bhd, pemilik dan pengendali siaran radio THR.fm, daripada Anaza Sdn Bhd untuk RM30 juta.
Astro All Asia Networks plc (Astro) telah memiliki keseluruhan pegangan saham Radio Lebuhraya Sdn Bhd, pemilik dan pengendali siaran radio THR.fm, daripada Anaza Sdn Bhd untuk RM30 juta.
Menurut Astro pemilikan itu akan membolehkan syarikat itu mengoptimumkan tawaran perkhidmatan radionya kepada pengiklan melalui saluran radio yang diluaskan dan juga di serata pelbagai platform multimedia.
"Para pendengar THR.fm akan mendapat faedah memandangkan sokongan promosi bersama yang ada di seluruh platform kumpulan itu akan mempertingkatkan acara, bakat dan pembangunan kandungan bagi stesen itu," kata pengarah eksekutif Airtime Management & Programming Sdn Bhd Borhanuddin Osman dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut laporan Bernama , syarikat itu juga melihat peluang-peluang untuk mengembangkan tawaran-tawaran produk bagi segmen pasaran Melayu dan India.
Airtime Management & Programming adalah cawangan radio Astro. Ia kini mengendalikan tujuh stesen bumi FM, termasuk stesen-stesen bahasa Melayu, Cina dan Inggeris terkemuka negara, dengan keseluruhan capaian kira-kira sembilan juta pendengar.
Menurut kajian terbaru Nielsen Media Research pada Oktober 2004, THR.fm mempunyai 3.1 juta pendengar, menjadikannya stesen kedua paling ramai pendengar di Malaysia dengan kira-kira 14 peratus agihan pendengar radio, dan kira-kira lima peratus daripada perbelanjaan iklan radio.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.