Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1 hilang, 3 cedera insiden bot mewah terbakar di PP
Diterbitkan:  Sep 16, 2016 3:07 PM
Dikemaskini: 7:10 AM

Seorang penumpang hilang manakala tiga lagi cedera selepas bot mewah dinaiki mereka terbakar lalu tenggelam kira-kira 15 batu nautika barat Muka Head, perairan Pulau Pinang awal pagi tadi.

Komander Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Azman Samsuddin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, bot mewah yang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Singapura itu meletup lalu terbakar di tengah laut sebelum karam.

Difahamkan, bot mewah itu terbakar dipercayai akibat letupan di bahagian enjin.

Azman berkata pihaknya kini sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat penumpang yang hilang itu pada radius 10 batu nautika dari lokasi kejadian.

"Kami sedang menyiasat kejadian ini dan masih belum menerima maklumat penuh mengenai muatan bot dan senarai penumpang," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata tiga penumpang yang cedera diselamatkan oleh nelayan tempatan dan dibawa ke Kuala Kedah untuk menerima rawatan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS