Rakyat M'sia ditangkap di Indonesia kerana pembalakan haram
Terjemahan Pihak berkuasa Indonesia telah menahan seorang rakyat Malaysia yang disyaki menjadi perancang operasi pembalakan haram di wilayah Timur Papua.
Terjemahan Pihak berkuasa Indonesia telah menahan seorang rakyat Malaysia yang disyaki menjadi perancang operasi pembalakan haram di wilayah Timur Papua.
Menurut laporan akhbar harian Media Indonesia, Tie Sing Yew, 54, ditahan Sabtu lalu ketika dalam perjalanan ke Sarawak melalui pos sempadan di Entikong di wilayah Barat Kalimantan, Indonesia.
"Tie merupakan pembiaya operasi pembalakan yang sedang diburu dan namanya telah disenaraihitamkan (oleh Jabatan Imigresen)," kata Ketua Pasukan Anti-Pembalakan Indonesia, Brigadier General Suharto, seperti dilaporkan oleh akhbar tersebut.
11 rakyat asing ditahan
Menurut akhbar itu lagi Tie disyaki mendalangi penyeludupan balak dari Papua ke Malaysia, serta melakukan operasi pembalakan haram di Borneo. Tie bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Sehingga ini, pasukan anti-pembalakan itu telah menahan 11 rakyat asing 10 rakyat Malaysia dan seorang rakyat Korea Selatan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pembalakan haram di Papua dan Borneo.
Para pegawai Indonesia berkata, kegiatan pembalakan haram itu telah mengakibatkan republik itu kerugian lebih tiga bilion dolar ((RM11.4 bilion) setahun. Selepas kawasan hutan di Jawa dan kepulauan Sumatra, pembalak haram ini kini mensasarkan wilayah pedalaman Papua.
Aktiviti pembalakan telah membawa akibat buruk kepada Indonesia serta rantau Asia, dengan menyebabkan berlakunya banjir, tanah runtuh serta masalah jerebu akibat daripada pembakaran hutan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.