Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kisah cinta yang merentasi sempadan kaum
Diterbitkan:  Sep 17, 2016 10:54 AM
Dikemaskini: Aug 29, 2023 10:15 AM

Semalam. Malaysia merayakan ulang tahun ke-53 kesatuan di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Sempena sambutan Hari Malaysia itu, Malaysiakini menampilkan kisah cinta tiga pasangan yang merentasi sempadan kaum.

Ikutilah kisah mereka.

[Nota editor, 28 Ogos 2023: Bahagian ini dikeluarkan susulan permintaan pihak yang ditemu bual.]

Sophia Wong Woon Kuan, 33 & Izan Mohamed, 40



Apabila Wong datang ke Kuala Lumpur, dia keseorangan. Datang jauh dari Perak, dia hampir tidak mengenali sesiapa di bandaraya dan mencari kawan baru bukanlah mudah ketika itu.

"Ketika itu saya ke kediaman baru saya dengan LRT. Apabila saya berpindah ke apartmen, saya bawa sendiri barang-barang saya dan membawanya sikit-sikit," katanya.

Begitu jugalah dengan suaminya - Izan Mohamed - yang berketurunan Melayu Sarawak yang datang ke bandaraya pada akhir tahun 90-an.

"Bila dia pertama kali datang ke KL, cabaran yang dihadapinya sama dengan apa yang saya hadapi," katanya sambil menambah Izan juga tidak ada sesiapa dan terpaksa melalui sendiri kehidupan di bandaraya itu.

Katanya, Izan tidak mempunyai latar belakang pendidikan dan bekerja di kilang, sehinggalah dia menjadi seorang eksekutif pemasaran, dan ketika itulah kedua-dua mereka bertemu.

Wong pula baru bekerja di sebuah syarikat multinasional dan kedua-duanya adalah rakan sekerja pada tahun 2008.

"Ia sebenarnya cinta pandang pertama," kata Wong sambil tersenyum.

"Ada beberapa pemuda Cina yang ajak saya keluar, dan saya tidak ada sesiapa masa itu. Tetapi saya tidak dapat melihat pada mereka apa yang ada di dalam dirinya, Izan

"... perjalanannya untuk berada di kedudukannya sekarang, yang menarik saya kepadanya," katanya.


[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS