Dua terbunuh, tiga cedera dalam letupan bom di sempadan Msia-Thai
Terjemahan Dua pegawai peronda terbunuh dan tiga orang lagi cedera awal pagi semalam apabila sebutir bom meletup di sebuah pusat pemeriksaan di sempadan M'sia-Thai, demikian menurut pihak polis.
Terjemahan Dua pegawai peronda terbunuh dan tiga orang lagi cedera awal pagi semalam apabila sebutir bom meletup di sebuah pusat pemeriksaan di sempadan M'sia-Thai, demikian menurut pihak polis.
Letupan itu berlaku pada jam 8.05 pagi di pusat pemeriksaan sempadan Muno di wilayah Narathiwat, kata seorang pegawai tinggi Left-Kol Ong-art Inthraraee kepada AFP .
Bom tersebut, katanya, diletupkan dari sebuah jeti sungai yang memisahkan Thailand dan Malaysia, membunuh dua pegawai peronda Thai serta mencederakan dua lagi pegawai dan seorang penduduk.
Lebih 650 orang terkorban sejak pergolakan meletus di selatan Thailand membabitkan puak pemisah Islam sejak bulan Januarai 2004, di mana serangan dilaporkan berlaku hampir setiap hari yang mensasarkan pegawai kerajaan dan penduduk kampung.
Letupan tersebut berlaku tidak sampai 12 jam selepas Permaisuri Sirikit muncul di televisyen menggesa supaya dihentikan pergelokan di wilayah Selatan di mana majoriti penduduknya adalah beragama Islam.
Pendekatan lebih lembut
Kerajaan Thailand yan dikritik hebat kerana menggunakan kekerasan untuk menamatkan pergolakan di wilayah tersebut, telah mengambil pendekatan lebih lembut bagi menangai krisis tersebut sejak dua bulan lalu.
Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra telah menubuhkan Suruhanjaya Perdamaian Kebangsaan untuk menyediakan draf damai bagi mengakhir pergolakan di wilayah Selatan negara itu.
Akhbar Bangkok Post melaporkan, dalam satu majlis forum di bandar Pattani Sabtu lalu, beratus-ratus penduduk memberitahu anggota suruhanjaya tersebut bahawa pihak pihak berkuasa tidak seharusnya menyalahkan keseluruhan penduduk bagi keganasan yang tercetus di wilayah tersebut.
Majoriti rakyat Thailand adalah beragama buddha tetapi sebahagian besar penduduk di wilayah selatan yang bersempadan dengan Malaysia itu, beragama Islam dari kaum Melayu.
Wilayah tersebut merupakan sebuah negara pada suatu masa dahulu, tetapi ditakluki oleh Thailand pada tahun 1902.

