Najib: KL, Jakarta setuju hanya sebuah kapal perang ronda Laut Sulewasi
Terjemahan Malaysia dan Indonesia bersetuju, hanya sebuah kapal perang masing-masing akan melakukan rondaan di kawasan sempadan marin bertindih di Laut Sulewasi selepas berlaku pelanggaran baru-baru ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Terjemahan Malaysia dan Indonesia bersetuju, hanya sebuah kapal perang masing-masing akan melakukan rondaan di kawasan sempadan marin bertindih di Laut Sulewasi selepas berlaku pelanggaran baru-baru ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Najib yang juga Menteri Pertahanan dipetik oleh Bernama sebagai berkata, pengunduran kapal-kapal perang yang lain dari Luat Sulewasi, berhampiran Kepulauan Borneo, akan dilakukan serentak.
Katanya, Malaysia amat mengalu-alukan persetujuan tersebut yang dicapai dalam satu pertemuan antara panglima tentera laut kedua-dua negara baru-baru ini.
Awal bulan ini, kapal perang Malaysia dan Indonesia berlanggar dan bergesel dekat terumbu karang Unarang di timur kepulauan Borneo di mana Indonesia sedang membina rumah api bagi menguatkan lagi tuntutannya ke atas wilayah yang terbabit dalam pertikaian tersebut.
Kedua-dua negara, masing-masing telah menghantar nota bantahan rasmi berhubung kejadian tersebut.
Ketegangan tercetus
Ketegangan tercetus selepas Malaysia memberi konsesi carigali minyak di kawasan tersebut pada 16 Februari lalu kepada syarikat Shell. Jakarta mendakwa blok tersebut terletak di luar wilayah Malaysia.
Pegawai kedua belah pihak sudahpun memulakan rundingan bagi menyelesaikan isu tuntutan bertindih itu bulan lalu dan dijadual bertemu lagi bulan depan.
Malaysia dan Indonesia pernah bertelagah mengenai isu tuntutan sempadan bertindih membabitkan dua buah pulau. Bagaimanapun, ianya selesai pada Disember 2002 selepas Mahkamah Keadilan Antarabansa memutuskan, kedua-dua pulau tersebut milik Malaysia.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.