Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Jeff Ooi akan beri keterangan esok, kata peguam

Anggota Parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun akan hadir di Balai Polis Jalan Patani di George Town esok untuk membantu siasatan berhubung komen beliau mengenai kematian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Peguamnya RSN Rayer ketika dihubungi Bernama hari ini berkata anak guamnya akan hadir di balai polis itu, tengah hari esok.

"Ooi akan memberi keterangan dan akan memberi kerjasama kepada polis berhubung kes itu," katanya.

Ooi akan diwakili peguam Rayer, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan Lim Lip Eng dalam kes itu.

Anggota Parlimen DAP itu dikritik sejak Jumaat lalu selepas didakwa memuat naik status, "Adios Harun Din. Let There Be Peace" dalam akaun twitternya dan berikutan insiden itu, beliau telah menukar akaunnya daripada awam kepada peribadi.

Ooi kemudian menafikan catatan di twitternya kerana beliau berkata imej yang diedarkan telah dimanipulasi melalui Photoshop dan menegaskan dia mempunyai kuasa penuh ke atas akaun media sosialnya.

Awal hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa Ooi untuk menyerah diri kepada polis jika beliau mahu proses itu berjalan lancar.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan melukakan perasaan umat Islam.

-Bernama

Lihat Komen
ADS