Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isteri dakwa suami ditangkap tanpa waran
Diterbitkan:  Sep 19, 2016 4:56 PM
Dikemaskini: 9:10 AM

ULASAN l Saya tidak lagi akan berdiam diri lagi. Selama ini saya menahan mengulas kerana bimbang terhadap apa yang akan berlaku kepada orang yang saya sayang, terutama anak-anak saya, jika tidak berbuat demikian.

Hari ini, kami secara kasar dikejutkan oleh anggota polis tanpa pakaian seragam pada jam 4:40 pagi apabila anjing menyalak tanpa henti. Dua lelaki melompat masuk ke rumah kami dan mengetuk pintu menuntut kami membukanya. Kami menghubungi pondok pengawal untuk memeriksa siapa yang berada di pintu kami tetapi panggilan tidak berjawab.

Mereka gagal mempamerkan waran tangkap walaupun berulang kali, suami saya meminta mereka berbuat demikian. Seorang lelaki menunjukkan kepada suami saya, Sidek Kamiso, apa yang saya andaikan sebagai kad ID polis. Tetapi lelaki itu menyimpannya sebaik sahaja saya mendekatinya.

Mereka datang dan merampas telefonnya, naik ke atas bilik tidur kami untuk melihat sekeliling dan kemudian berkeras mahu ke bilik anak-anak saya. Saya enggan membenarkannya dan memberitahu bahawa saya tidak akan membenarkan mereka untuk menakut-nakutkan anak-anak saya. Saya juga memberitahu bahawa anak-anak saya tidak mempunyai seberang kaitan. Saya kemudian meninjau keadaan anak-anak saya dan menenangkan mereka.

Lelaki berkenaan kemudian merampas laptop suami saya dan seorang lagi menyoal apa yang saya saya posting di FB saya? Saya cadangkan mereka membacanya sendiri. Dia menjawab dengan mengancam untuk mengheret saya ke balai polis. Beliau kemudian berkata dia hanya mahu menamatkan tugasnya dan pulang ke rumah untuk tidur. Saya menjawap, begitu juga dengan saya.

Seorang lelaki merakamkan gambar suami saya di bilik tidur kami dan juga gambar anjing kami. Saya menawarkan untuk membawa anjing itu keluar supaya dia boleh mengambil gambar yang lebih jelas tetapi dia enggan.

Adalah mengerikan apabila seseorang boleh datang dan menakut-nakutkan orang lain tanpa waran tangkap, di dalam rumah sendiri dan dibawa ke tempat lain.

Apa sudah terjadi dengan diri kita ini?

Saya perlukan bantuan untuk menarik perhatian. Saya tidak lagi akan berdiam diri. Saya tidak melihat apa-apa kesalahan berhubung tweetnya. Hanya kerana bahawa dia menulis tweet di Malaysia di mana kebebasan bersuara adalah sukar dicapai.

Saya telah diberitahu dia berada di Johor Bahru sekarang dan akan direman petang ini. Tetapi berita terbaru adalah mereka tidak pasti untuk menahannya di bawah undang-undang mana.

Pelukan dan kasih sayang kepada semua sokongan yang mencurah. Kamu tahu siapa diri kamu.
Kecuali kamu masih ada perasaan kasih sayang, tidak perllu bersusah payah untuk mengulas.


Tulisan ini pertama kali dimuat-naik di Facebook Norlin Wan Musa, isteri kepada bekas wartawan Sidek Kamiso dalam bahasa Inggeris.

Lihat Komen
ADS