Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr Alan menangis, baba, kata anak Haron Din
Diterbitkan:  Sep 20, 2016 12:33 PM
Dikemaskini: 4:59 AM

Kesedihan bukan sahaja menyelubungi Malaysia susulan pemergian mursyidul am PAS Datuk Dr Haron Din, tetapi juga doktor yang merawa beliau di Amerika Syarikat (AS).

Mengenang bapanya yang dicintai, Huda, anak perempuan allahyarham, berkongsi kisah itu di Facebook beliau.

“Nak beritahu baba, Dr Alan Yeung setiap hari tanya khabar kami. Semalam dia (hantar pesanan) teks, minta izin nak ziarah baba.

“Dia kata, baba pesakitnya yang paling baik dan paling gigih dalam apa jua keadaan,” tulis Huda.

“Dia minta nombor telefon dan emel kami, tidak mahu putus hubungan, katanya. Dan harap pertalian kekal bertanya khabar.

Huda yang juga seorang doktor berkata, sepanjang 16 tahun perkenalan, hubungan keluarganya dengan Dr Alan sudah seperti keluarga sendiri.

Malah, kata Huda lagi, pengamal perubatan itu turut menitis air mata mengenang pemergian allahyarham.

“Dia sentiasa bersama kami di sepanjang saat-saat cemas dan getir. Tidak pinggirkan kami. Malah semua pakar-pakar lain yang merawat baba memuliakan baba,” kata Huda.

Huda turut mengambil kesempatan kepada semua pihak yang merawat ayahnya di Pusat Perubatan Universiti Stanford, termasuk pengamal perubatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada Hari Malaysia Jumaat lalu, Haron, yang juga pendakwah terkemuka dan tokoh perubatan Islam, meninggal dunia di San Francisco pada usia 76 tahun.

Terdahulu, allahyarham dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas mengalami masalah jantung.

Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.

Allahyarham mula bergiat aktif dalam PAS sejak 1974 sebelum dilantik sebagai anggota Jawatankuasa PAS Pusat (1975-1983).

Anak kelahiran Perlis itu dipilih sebagai mursyidul Am PAS selepas pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Haron turut terkenal melalui rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam pada era 90-an dan penubuhan pusat rawatan Islam Darus Syifa di Bangi, Selangor.

Lihat Komen
ADS