Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Pattani di George Town kira-kira 2.40 petang tadi untuk disiasat berhubung tweetnya mengenai kematian Datuk Dr Haron Din.

Menemami Ooi ialah peguamnya RSN Rayer yang juga ADUN Seri Delima daripada DAP.

Di depan ibu pejabat polis daerah itu Ooi kelihatan tenang sebelum memasuki bangunan berkenaan.

Ditemui media, kedua-dua mereka enggan memberi sebarang komen namun semalam Rayer memberitahu Ooi menemui polis untuk memberi keterangan berhubung tweet "Adios" ditulisnya yang menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

Pada 16 September lalu Ooi menulis di Twitter: "Adios. Let there be peace" apabila berita kematian Haron tersebar.

Sejak itu lima laporan polis dibuat ke atas Ooi kerana dia didakwa bersikap "biadab".

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudian meminta Ooi menyerah diri kepada polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP mengakui Ooi "tidak sensitif" dan meminta maaf kepada keluarga Haron.

Lim juga berkata kenyataan Ooi tidak menggambarkan pendirian parti itu terhadap bekas mursyidul am PAS berkenaan.

Ooi disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu kerana mengeluarkan kata-kata berniat melukakan perasaan agama seseorang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS