Sumber: KWAP labur RM123 juta dalam Uber
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) mempertimbangkan membuat lebih pelaburan dalam syarikat berasaskan teknologi selepas menerokai sektor itu baru-baru ini.
Menurut sumber, ia melibatkan pelaburan dalam perkhidmatan pengangkutan Uber, lapor Reuters.
KWAP, dana pencen negara kedua terbesar, memberi telah komitmen untuk pelaburan RM123 juta dengan sebuah firma asing, kata ketua pegawai esksekutifnya Wan Kamaruzaman Wan Ahmad dalam wawancara bersama Reuters.
Ia dirujuk sebagai “syarikat teknologi antarabangsa dengan nilai pasaran lebih AS$60 bilion (RM248 bilion)”.
“Ini pelaburan pertama kita dalam ruang ini dan kita mahu lahirkan pakar kita dalam bidang ini,” kata CEO itu.
Wan Kamaruzaman dengan mendedahkan nama syarikat itu.
Bagaimanapun dua sumber yang dekat dengan rundingan itu berkata KWAP baru-baru ini melabur dalam Uber Technologies Inc.
Sumber-sumber itu enggan dinamakan sehinggalah rundingan itu dimuktamadkan.
Uber kini bernilai AS$62.5 bilion. Ia mula beroperasi di Malaysia sejak 2013 dan mendapat bantahan berterusan pemandu dan syarikat teksi tempatan.
Uber tidak dapat memberikan jawapan segera terhadap perkembangan itu.
Seperti KWAP, beberapa lama dana berkaitan kerajaan Malaysui dilaburkan dalam aset teknologi, seperti Khazanah Nasional Bhd yang menyuntik wang untuk Alibaba, Skyscanner dan WeLab.
KWAP menyasarkan pulangan lima peratus untuk keseluruhan pelaburannya tahun ini.
Tahun lalu ia mencapai pulangan 5.4 peratus tahun lalu, lebih rendah dari sasaran enam peratus yang ditetapkan.
Kebanyakan aset KWAP, sehingga 90 peratus, sekarang dilaporkan dalam aset berbentuk tradisional seperti pendapatan tetap dan ekuiti.

