Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan Johor ulangi gesaan untuk sekolah satu sistem
Diterbitkan:  Sep 21, 2016 6:44 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, pada pertemuan dengan pemimpin persatuan Cina petang tadi di Johor Bahru, sekali lagi menekankan kepentingan sistem pendidikan satu aliran.

Mengulas mengenai perpaduan kaum di negara ini yang masih belum berjaya sepenuhnya, sultan Johor percaya ini adalah kerana masih wujud pendidikan asas atau sekolah rendah yang dipisahkan mengikut kaum.

Memetik pepatah Melayu "melentur buluh biarlah dari rebung" baginda percaya generasi muda perlu dicampurkan dalam satu sistem pendidikan asas yang seragam.

Ini seterusnya akan melahirkan generasi baru yang bersatu padu.

“Mereka perlu dicampurkan dalam satu pendidikan asas yang seragam, tidak boleh diasingkan mengikut kaum atau agama.

“Pendidkan asas inilah yang amat penting untuk mengajar tentang nilai dan budaya hidup dalam masyarakat berbilang bangsa,” titahnya.

Mengucapkan terima kasih kepada persatuan-persatuan Cina yang hadir pada majlis itu, Sultan Johor mengakhiri ucapannya dalam bahasa Cina "xie xie, zai jian" atau bermaksud terima kasih, jumpa lagi.

Ini bukan kali pertama baginda menekankan kepentingan sistem pendidikan satu aliran.

Dalam titahnya pada perasmian Johor dewan undangan negeri, Mei tahun lalu, baginda menegaskan bagaimana sistem Singapura berjaya memupuk perpaduan di republik itu dan rakyat Johor perlu berfikiran terbuka menerimanya.

Dalam temu bual dengan The Star sebulan kemudian, baginda memberi amaran bahawa tanpa sistem pendidikan satu aliran yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, akan muncul '5Malaysia' dan bukannya 1Malaysia.

Baginda sekali lagi menegaskan bahawa sistem pendidikan satu aliran adalah cara ke hadapan dalam satu temuramah dengan The Star pada Disember tahun lalu.

Sultan Johor itu juga mengeluh mengenai tahap Bahasa Inggeris yang semakin merosot di kalangan rakyat Malaysia.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS