Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Lim persoal Ambiga berikutan kerjasama dengan Dr M
Diterbitkan:  Sep 22, 2016 8:31 PM
Dikemaskini: 12:44 PM

Terpukul oleh Datuk Ambiga Sreenavasan dalam satu persidangan hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa aktivis sosial itu sanggup bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu ketika akhir sesi soal-jawab bertanya bagaimana Ambiga boleh berdamai dengan bekas perdana menteri itu memandangkan Mahathir dilihat sebagai punca masalah di negara ini.

Berikutan itu, bekas presiden Majlis Peguam itu menegaskan bahawa bapa Lim yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang sendiri bekerjasama dengan Mahathir.

Beliau menambah persoalan mengenai beliau dan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah sanggup bekerjasama dengan pemimpin berusia 91 tahun itu tidak timbul.

"Kita menghadapi kejahatan yang lebih besar yang tidak dapat diatasi (dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak). Bapa anda Kit Siang yang pernah dipenjarakan (di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri) berjaya mengetepikan perbezaan, begitu juga Anwar Ibrahim.

"Ia adalah realiti politik dan ini mewujudkan keperluan untuk penyusunan semula. Lihat, saya tidak dipenjara seperti Kit Siang atau Anwar, namun mereka juga sanggup ke depan.

"Siapakah saya berbanding kedua-dua mereka. Saya benar-benar bersetuju keseluruhan sistem rosak kerana rejim sebelumnya. Bagaimanapun, negara ini perlu diutamakan sekarang," katanya.

Lim menyerang Ambiga berhubung kerjasama beliau dengan Mahathir dalam Deklarasi Rakyat, satu petisyen untuk menyingkirkan Najib berikutan skandal 1MDB.

Mereka bercakap pada hari kedua Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2016, di Kuala Lumpur.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS