Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencabar profesor politik ekonomi dari Universiti Malaya (UM) Prof Terence Gomez untuk secara bebas menyemak akaun DAP.

Gomez mendakwa pembangkang tidak menyokong inisiatif bagi pembiayaan politik secara telus seperti digariskan olehnya dan Transparency International (Malaysia) sebelum pilihan raya umum ke-13, apabila beliau bertemu beberapa anggota pembangkang di parlimen.

Lim yang juga setiausaha agung DAP  berkata beliau menyokong pembiayaan politik dan kebertanggungjawaban kerana ia menggalakkan persaingan yang adil.

"Kami menjual tiket untuk makan malam dan semua ini dikira Pendaftar Pertubuhan. Kami mengumpul wang dari internet dan semua itu juga diambil kira," katanya pada Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

"Kami (DAP) tidak mempunyai tabung kecemasan dari luar negara," katanya berseloroh menyebabkan ketawa hadirin, sambil menambah beliau mengalu-alukan Gomez untuk memeriksa pembiayaan parti politik itu.

Gomez, menyuarakan kebimbangan kerana kajian beliau menunjukkan bahawa parti kerajaan sendiri mendapat dana daripada pembiayaan rahsia seperti dari negara asing dan 1MDB.

Beliau berpendapat bahawa masyarakat awam mahukan pembiayaan politik dikaji semula untuk memastikan ketelusan dan undang-undang pilihan raya tidak dilanggar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS