Majlis Keselamatan PBB: Kjaan diminta kaji semula sokongan terhadap Jepun
Terjemahan Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH) menggesa kerajaan supaya menimbang semula sokongannya terhadap Jepun untuk menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Terjemahan Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH) menggesa kerajaan supaya menimbang semula sokongannya terhadap Jepun untuk menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
"Sudah tentu penyokong kami kecewa dengan keputusan kerajaan untuk menyokong usaha Jepun itu, tetapi kita tidak akan berputus (membantahnya)," kata Ketua Pegawai Eksekutif SCAH, Tang Ah Chai.
Ahad lalu, SCAH menganjurkan siri bantahan yang disertai 328 badan sivil bagi menentang usaha Jepun untuk menganggotai majlis keselamatan PBB. Ia diadakan di Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban.
"Di segi teorinya, adalah baik jika sebuah lagi negara Asia menganggotai Majlis Keselamatan PBB, tetapi tidak bagi Jepun, kerana negara itu tidak bersungguh-sungguh memohon maaf terhadap jenayah perangnya di Asia dahulu.
"Oleh kerana Majlis Keselamatan PBB adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang mempromosikan keamanan dan menyelesaikan konflik serta mengekalkan keamanan, maka anggota tetapnya mestilah mempunyai tahap moral dan kredibiliti yang tinggi...tapi Jepun belum lagi mencapai tahap tersebut," kata Tang.
Menurutnya, walaupun Jerman juga melakukan jenayah perang terhadap kemanusian sewaktu Perang Dunia Kedua, tetapi negara ini dihormati dan dipercayai kerana sikap jujur dan ikhlasnya dalam menebus kekejaman apa yang dilakukan oleh pihak Nazi dahulu.
Tang berkata, Jepun perlu melakukan sekurang-kurangnya tidak perkara bagi memenangi penghormatan dan kepercayaan daripada jiran-jiranya di Asia, iaitu berhenti menziarahi Candi Yasukuni, menarik balik kelulusan untuk meminda buku tek sejarah dan membayar gantirugi kepada mangsa perang, terutama wanita yang dijadikan perempuan simpanan tentera Jepun.
Dalam satu persidangan antarabangsa di Jakarta minggu lalu, Perdana Menteri Jepun Junichiro telah menyuarakan 'kekesalan yang tidak terhingga' negaranya terhadap kekejaman yang dilakukan sewaku perang dunia itu. Bagaimanapun, penentangnya masih tidak berpuashati dan menganggapnya 'tidak ikhlas".
'Maruah diri'
Sementara itu, seorang ahli perniagaan terkenal, Tan Kai Hee berkata, walaupun tindakan kerajaan menyokong usaha Jepun itu jelas difahami mengambil kira soal ekonomi dan kewangan, tetapi ia juga perlu mengambil kira aspek moral, seperti 'maruah diri' rakyat Malaysia yang terseksa selama 44 bulan pendudukan Jepun di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Beliau yang juga bekas setiausaha agung Barisan Sosialis sebuah gabungan terkuat pembangkang pada tahun 1960-an dan awal 1970-an berkata kerajaan memerlukan sokongan Jepun bagi "Dasar Pandang Ke Timur" termasuk melatih sumber manusia dan pemindahan teknologi.
"Bagaimanapun, masa dan suasana sudah berubah, oleh itu, kerajaan kita perlu mengambil kira soal maruah diri rakyat kita serta penentangan hebat negara-negara Asia yang lain seperti China, Korea Selatan dan Korea Utara seperti yang ditunjukkan mereka baru-baru ini.
"Sebagai orang yang melihat sendiri apa yang dilakukan oleh tentera Jepun kepada rakyat Malaysia sepanjang tempoh tiga tahun lapan bulan pendudukan Jepun, saya mahu kerajaan mengetahui perasaan sebenar rakyat di peringkat akar umbi (mengenainya)," katanya.
"Kita tidak menentang rakyat Jepun kerana majoriti mereka adalah manusia seperti kita juga, tetapi kita mesti menjelaskan kepada ahli politik dan akademik Jepun bahawa wujudnya perkara-perkara seperti 'suara hati kemanusian' dan 'prinsip moral sosial' dalam kehidupannya yang tidak boleh dibeli dengan wang," katanya.
Tan juga mengecam Amerika Syarikat kerana menyokong persenjataan semula Jepun serta menyokong usaha negara matahari naik itu untuk menjadi angggota tetap Majlis Keselamatan PBB.
Dalam majlis peringatan yang diadakan pada 2003 di Kuala Lumpur bagi memperingati 18 pemimpin utama komunis dan MPAJA serta anggota tentera yang dibunuh oleh tentera Jepun di Batu Caves, para hadirin dimaklumkan, kira-kira 70,000 orang pelbagai kaum telah dibunuh manakala 80,000 lagi menjadi korban akibat diseksa dan dipenjara sewaktu penduduk Jepun.
Seramai 300,000 lagi mati kerana kekurangan makanan dan akibat menjadi buruh seksa.
Rekod peringatan perang Singapura mencatatkan kira-kira 50,000 kaum Cina yang tidak bersenjata telah dikumpul dan dibunuh beramai-ramai sepanjang tiga hari mulai 18 Feb 1942 selepas tentera British menyerah kalah.
Sabah dan Sarawak juga diduduki tentera Jepun sewaktu Perang Pasifik itu.
Sewaktu pendudukan Jepun dan Singapura, penentangan terhadap Jepun didokong oleh Parti Komunis Malaya dan MPAJA yang mempunyai kekuatan 10,000 anggota.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.